Sunday, January 17, 2010

Bab 2 : Cara Membina Taburan Kekerapan

KOLEJ KOMUNITI LEDANG

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA



Text Box: BAB 2 : CARA MEMBINA TABURAN KEKERAPAN  NAMA MODUL : STATISTIK  KOD MODUL : CBA 103







DATA

* Data dapatlah dianggapkan sebagai maklumat berangka yang diperlukan untuk membuat sesuatu keputusan yang baik dalam situasi tertentu.

* Data terbahagi kepada 2 iaitu :

· Data Mentah :

1. Data yang dikumpul daripada kajian atau penyelidikan dan maklumat yang tidak mudah difahami, serta tidak boleh didapati dengan cepat.

2. Data yang direkodkan mengikut susunan ianya dikutip tanpa diproses atau dikelaskan dipanggil data mentah.

· Data Terkumpul

1. Data yang dikumpulkan dalam satu jadual yang dikenali sebagai Jadual Kekerapan

Contoh Data Mentah

* Contohnya,kita mengumpul maklumat tentang markah Pepriksaan Akhir Subjek Statistik bagi 30 orang pelajar seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.



66 65 58 98 77

52 85 54 55 74

32 74 59 61 69

65 58 87 74 43

85 94 63 57 79

63 87 74 86 59













Contoh data mentah bagi markah Peperiksaan Akhir Subjek Statistik bagi 30 orang pelajar

* Contoh : data-data urusniaga harian mungkin tidak dapat memberikan sebarang makna kepada seseorang pelabur jika data tidak dibentangkan dalam bentuk jadual kekerapan yang menunjukkan jumlah saham yang bertukar tangan pada sesuatu selang harga yang tertentu

* Pembentangan data secara graf pula dapat menunjukkan pergerakan turun naik harga di sepanjang masa urusniaga tersebut dijalankan.

* Dengan cara begini pelabur akan lebih faham tentang keadaan pasaran dan pergerakan harga pada sesuatu masa tertentu.

JENIS – JENIS DATA

* Terdapat dua jenis pembolehubah yang menghasilkan dua jenis data iaitu :

1. Data kualitatif

2. Data kuantitatif.

* Pembolehubah kualitatif akan memberikan data kualitatif

* Pembolehubah kuantitatif akan menghasilkan data kuantitatif

* Contohnya, jawapan kepada soalan “Adakah anda melabur dalam skim Amanah Saham Bumiputera “ – adalah kualitatif,sebab jawapan yang mungkin diberikan sama ada “ya” atau pun “tidak”.

* Sebaliknya jawapan kepada soalan “Berapakah bilangan adik-beradik dalam keluarga anda” atau “Berapakah ketinggian anda?” akan memberikan data kuantitatif.

* Bilangan adik beradik - .---- data yang diporolehi dipanggil data diskret

* Ketinggian -.---- data yang diporolehi dipanggil data selanjar

MENGAPA PERLUNYA DATA DISUSUN?

* Satu set data yang tidak disusun dan dipersembahkan dalam bentuk mudah adalah tidak memberikan apa-apa faedah kepada penyelidik.

* Walau bagaimanapun, jika kita susunkan markah-markah berkenaan mengikut satu susunan daripada markah paling kecil ke markah yang paling tinggi (susunan menaik) memudahkan penyelidik membuat kesimpulan.

* Disamping itu adalah mudah bagi penyelidik mengeluarkan nilai-nilai ekstrim dan juga mengetahui dengan jelas nilai-nilai tumpuan bagi set data berkenaan

* Sesuatu set data dapat disusun menggunakan jadual dan seterusnya bolehlah dipersembahkan dalam bentuk graf

SUMBER DATA

* Terbahagi kepada 2 :

*

1. Data Primer : Sumber pertama, data yg diperolehi dari usaha penyelidik itu sendiri. Data masih “fresh”.Penyelidik @ org lain belum tahu.

Data yang diperolehi secara langsung dpd sumber data.Data –data primer merupakan data-dat a penting di dalam kajian.

Tanpa data utama matlamat kajian tidak akan tercapai

Pemungut: individu penyelidik (anda),Badan penyelidik (J/P, MIER, dll)

2. Data Sekunder : Data dari hasil suatu penyelidikan seperti dlm laporan teknik, laporan tahunan, bank data, akhbar-akhbar tempatan, journal dll.

Boleh didapati dpd peprpustakaan, badan penyelidik (MIER, J/P, KP, KWSP, dll)

Cepat/singkat & kurang kos

TABURAN/JADUAL KEKERAPAN

* Malumat ini bolehlah disusun dalam satu jadual yang dipanggil taburan kekerapan atau jadual kekerapan.

* Sesuatu taburan kekerapan akan memaparkan bagaimana kekerapan atau frenkuensi tertabur bagi setiap kategori

JADUAL KEKERAPAN DATA KUALITATIF

* Taburan kekerapan untuk data kualitatif akan menyenaraikan semua kategori dan

* bilangan elemen bagi setiap kategori berkenaan

JENIS PEKERJAAN

BILANGAN PELAJAR

Sektor Swasta

42

Sektor Awam

18

Kerajaan Negeri

27

Perniagaan Sendiri

13

Jumlah

100


JADUAL KEKERAPAN DATA KUANTITATIF

* Manakala bagi sesuatu taburan kekerapan bagi data kuantitatif menyenaraikan semua kelas dan bilangan cerapan dalam setiap kelas.

PENDAPATAN BULANAN (RM)

BILANGAN PEKERJA

300-400

42

400-500

18

500-600

27

600-700

13

700-800

100

* Data yang dipersembahkan dalam bentuk ini dipanggil data terkumpul berbanding data mentah yang disebut juga data tak terkumpul.

* Pengumpulan data dalam kategori yang menunjukkan bilangan pemerhatian dalam setiap kategori yang saling eksklusif.

* Suatu kumpulan data yang diringkaskan bagi memaparkan kekerapan sesuatu item dalam setiap kelas

* Paparan secara berjadual

* Memaparkan maklumat yang lebih bermakna berbanding data mentah

* Menyediakan lebih maklumat dan mudah difahami


LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JADUAL KEKERAPAN


  1. Bilangan kelas yang sesuai

    • Biasanya : 5-20
    • Bergantung kepada bilangan cerapan yang terdapat dalam sesuatu set data
    • Lebih banyak data – lebih banyak bilangan kelas
    • Panduan : gunakan Peraturan Stueges

k = 1 + 3.3 log n

k = bilangan kelas

n = bilangan cerapan

  1. Lebar Selang Kelas

    • Selang kelas : perbezaan diantara sempadan atas dengan sempadan bawah sesuatu kelas
    • Untuk mencari kelas yang sama saiz



i = Julat

Bilangan kelas


Julat = nilai tertinggi dan nilai terendah dalam set data

i = symbol selang kelas

· Dibulatkan kepada angka yang sesuai

  1. Dimana perlu mula

· Bebas memilih angka sebagai titik mula @ nilai had bawah kelas pertama asalkan

i. nilai /angka tersebut adalah sama

ii. nilai/angka kurang dari nilai terendah dalam sesuatu data

·

  1. Bagaimana proses menyusun data dalam kelas masing-masing

Proses mudah : gundalan
















Contoh :

5. Mengira bilangan item dalam setiap kelas



TABURAN KEKERAPAN



Data mentah Pendapatan Bulanan 30 orang pekerja Kilang



689 497 809 819 783 954

723 524 673 927 919 876

777 791 598 619 824 633

580 666 481 787 654 643

918 823 654 548 883 724












Membina Taburan/Jadual Kekerapan

(i)

Pendapatan Bulanan
(RM)

(ii)

Bilangan Pekerja

(f)

a-b


b-c


c-d


d-e












(i) Lajur pertama : menyenaraikan beberapa kelas (bilangan kelas) yang mewakili pembolehubah kuantitatif

= Pendapatan Bulanan (RM)

· Kelas : satu selang yang mengandungi semua cerapan diantara 2 nilai iaitu had bawah dan had atas

(ii) Lajur kedua : menyenaraikan ‘angka’ /kekerapan’ (f)

Contoh : bilangan pekerja yang memperolehi pendapatan dalam setiap kelas

· Angka : “kekerapan / symbol (f)”

· Kekerapan sesuatu kelas mewakili bilangan nilai-nilai yang terdapat dalam sesuatu set data.

· Had bawah : nilai yang paling kecil dalam sesuatu kelas

· Had atas : nilai yang paling besar dalam sesuatu kelas

· Titik tengah/tanda kelas : satu nilai yang berada di tengah-tengah setiap kelas

Contoh :

Data mentah Pendapatan Bulanan 30 orang pekerja Kilang



689 497 809 819 783 954

723 524 673 927 919 876

777 791 598 619 824 633

580 666 481 787 654 643

918 823 654 548 883 724












(samb.........)

No comments:

Post a Comment

 

Tentang Penulis Blog ini ::

Blog ini diwujudkan bagi memudahkan proses P&P antara pelajar dan pensyarah. Pensyarah telah mengajar modul ini selama 5 tahun . Semoga modul ini dapat membantu pelajar-pelajar terutama pelajar Sijil Perakaunan Perniagaan Kolej Komuniti Ledang.