Friday, February 20, 2009

PERINGATAN KEPADA PELAJAR SPP 1

Peralatan
1. Sila bawa nota CBA103 apabila ke kelas saya
2. Bawa juga peralatan utama seperti Kalkulator, kertas graf, kertas A4 dan sebagainya.

Tatatertib dan adab
1. Sila matikan @ mode silent telefon bimbit anda apabila berada dalam kelas saya.
2.Jika terdapat panggilan yang penting untuk di jawab, sila maklumkan pada saya.
3.Jangan bercakap atau bersembang semasa P&P sedang berjalan.

Surat sijil sakit / Surat kenyataan
1. Jika anda tidak sihat sila maklumkan kepada saya atau pun kepada rakan-rakan kelas anda tentang keadaan anda terutama sekali ia berlaku di dalam kelas.
2. Jika anda tidak sihat, sila berjumpa dengan doktor dan pastikan anda mendapat sijil sakit yang telah disahkan oleh Ketua Program Sijil Perakaunan dan Perniagaan (Pn. Munira Binti Mokhtar)
3. Sila berikan salinan sijil sakit tersebut kepada pensyarah modul selewat-lewatnya 5 hari dari tarikh cuti sakit diberikan.Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan kehadiran anda dikira "0".
4. Jika anda mempunyai alasan yang munasabah dimana ia tidak memerlukan surat cuti sakit (contoh : menghantar ibu bapa ke KLIA untuk menunaikan haji), sila buatkan satu surat kenyataan dan perlu disahkan oleh KJKK iaitu Ketua Jabatan Kemahiran & Kujuruteraan iaitu En. Mohd Ismail Bin. Mohammad Litak.
5. Surat Kenyataan itu perlu sampai ke tangan pensyarah modul selewat-lewatnya 5 hari dari tarikh cuti. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan kehadiran anda dikira "0".



No comments:

Post a Comment

 

Tentang Penulis Blog ini ::

Blog ini diwujudkan bagi memudahkan proses P&P antara pelajar dan pensyarah. Pensyarah telah mengajar modul ini selama 5 tahun . Semoga modul ini dapat membantu pelajar-pelajar terutama pelajar Sijil Perakaunan Perniagaan Kolej Komuniti Ledang.