Tuesday, January 19, 2010

Bab 1 : Pengenalan Terhadap Statistik

BAB 1 : PENGENALAN TERHADAP STATISTIK


1. Sejarah Penggunaan Statistik :

 Terbitan dari perkataan Latin yang bermaksud “state” – negeri atau negara
 Penggunaan awal statistik adalah melibatkan pengumpulan data atau maklumat yang menerangkan beberapa aspek berkaitan dengan sesebuah negeri atau negara semenjak zaman Mesir, Greek dan Room.
 Ketika itu data yang dikumpul hanyalah untuk tujuan memudahkan pengutipan cukai dan kerahan tenaga.
 Selepas itu kerajaan-kerajaan Eropah Barat begitu berminat dengan data statistik ini sebab mereka bimbang kuasa politik dan tentera mereka tergugat jika berlakunya sesuatu wabak penyakit yang buruk dan boleh menyebabkan berubah saiz penduduk.
 Oleh itu mereka mengumpul data kelahiran, perkahwinan dan kematian.
 Dalam tahun 1662, Captain John Grant seorang ahli statistik dari England telah menerbitkan semula data mengenai kelahiran dan kematian disebabkan oleh penyakit-penyakit tertentu.
 Ini kemudiannya diikuti dengan kajian-kajian seperti kadar kelahiran mengikut jantina,saiz penduduk dan lain-lain lagi.
 Semenjak itu,pihak kerajaan,peniaga mahupun individu begitu bergantung kepada data statistik sebagai panduan.
 Pada masa kini, proses pengumpulan,pengkelasan, penyimpanan dan mendapatkan kembali data yang telah disimpan adalah suatu yang mudah dengan bantuan komputer.
 Contohnya,kadar pengangguran, kadar inflasi, indeks pengguna, kadar pertumbuhan ekonomi, sentiasa sahaja dikumpul dan dikemeskini kerana datya yang dihasilkan ini sangat diperlukan oleh pihak-pihak tertentu dalam membuat keputusan.

2. Definisi Statistik

 Merupakan himpunan fakta berangka atau data yang menerangkan sesuatu aspek
 Satu bidang yang mengandungi pelbagai kaedah yang digunakan bagi memanfaatkan data dalam membuat kesimpulan dan keputusan.
 Adalah satu seni dan sains untuk,mengumpul,memproses,menganalisis, menginterprestasi, mempersembahkan data untuk tujuan membantu di dalam membuat keputusan yang lebih berkesan.
 Contoh statistik
- Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menyatakan bahawa hanya 12,550 permohonan untuk memasuki institusi pengajain tinggi (IPT) di negara ini bagi sesi pengajian 2004/2005 barjaya mendapat tempat berbanding 29,770 orang yang memohon.Daripada bilangan yang berjaya, seramai 7550 mengikuti kursus aliran sastera sementara 5000 orang lagi dalam bidang sains.
- Satu tinjauan pendapat yang dijalankan oleh akhbar tempatan mendapati bahawa 70% daripada responden yang terdiri daripada ibubapa tidak bersetuju dengan cadangan membenarkan guru-guru merotan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin kerana mereka khuatir penyalahgunaan kuasa berlaku. Walaubagaimanapun, 25 % berpendapat bahawa guru disiplin dan pengetua boleh dibenarkan untuk menjalankan hukuman merotan.



3. JENIS-JENIS STATISTIK


 Terbahagi kepada 2 jenis

i. Statistik Perihalan (Statistik deskriptif)
- Adalah kaedah-kaedah yang digunakan untuk megumpul maklumat, menyusun ,mempersembah data dan pengolahan data/merihalkan data yang dikumpul
- termasuklah kaedah membina graf, carta dan jadual serta pengiraan beberapa ukuran perihalan seperti purata dan juga
- pengiraan ukuran serakan seperti peratus.

i. Statistik Inferens (Statistik induktif)
- merupakan bahagian terpenting daripada statistik yang berkaitan dengan pembuatan kesimpulan dan keputusan berdasarkan data yang telah dikumpul dan diolah.
- Tumpuan utama dalam statistik inferens ialah untuk mengetahui sesuatu keseluruhan ahli kumpulan (populasi) berdasarkan sebahagian yang dipilih (sampel) untuk dikaji.
- Contoh : Berdasarkan tinjauan keatas 20 orang pelajar di Kolej Komuniti Ledang Johor mengenai perkhidmatan food court , kita boleh membuat kesimpulan bahawa pelajar-pelajar KKLJ berpuashati dengan perkhidmatan berkenaan.

4. ISTILAH ASAS STATISTIK
i. Elemen : ahli atau unsur samada daripada populasi ataupun sampel
ii. Pemboleh ubah : merupakan cirian atau fenomena yang mempunyai nilai yang berbeza-beza dan menjadi tumpuan dalam kajian.Terbahagi kepada 2 iaitu pemboleh ubah kualitatif dan pemboleh ubah kunatitatif
iii. Data : ukuran atau bilangan mengenai sesuatu yang dikumpul daripada kajian
iv. Populasi : keseluruhan objek,individu atau ukuran yang menjadi tumpuan dalam penyelidikan.Banci merupakan kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat daripada keseluruhan populasi yang dikaji.
v. Sampel : merupakan suatu subset atau sebahagian daripada populasi.Kaedah pengambilan sampel dikenali persampelan .
vi. Cerapan ; Nilai yang diperolehi daripada sesuatu pemboleh ubah.

Contoh : Katakan anda berminat untuk menjalan satu kajian tentang perbenlajaan yang dihabiskan untuk makanan bagi suatu semester oleh pelajar-pelajar semester akhir di KKLJ.


 Populasi : Kajian semua pelajar semester akhir di KKLJ
 Sampel : Kemungkinan 20 pelajar lelaki Sijil Automotif
 Elemen : setiap pelajar tahun akhir
 Pemboleh ubah kajian : perbelanjaan makanan (sebab nilai untuk makanan nagi pelajar-pelajar mungkin berbeza dari seorang ke seorang )
 Cerapan : Contoh : ialah RM200 bagi Omar iaitu nilai perbelanjaan untuk makanan satu semester,seorang pelajar akhir Sijil Automotif.


5. LANGKAH-LANGKAH DI DALAM STATISTIK

1. Mengumpul
2. Memproses
3.Menganalisis
4. Mengintreptasi
5.Mempersembahkan
6.Keputusan



PEMBOLEH UBAH

 Definisi : Satu ciri yang sedang dikaji /ciri-ciri ahli populasi yang dikaji
 Boleh mengambil nilai yang berbeza bagi elemen yang berbeza
 Contoh : pendapatan bulanan keluarga,harga saham,bilangan isirumah,harga buku teks,dan jenis jenama peti sejuk
 Terdapat 2 jenis

i. Pemboleh ubah Kuantitatif
- Pemboleh ubah yang hanya boleh mengambil nilai berbentuk angka sahaja.Contoh : pendapatan bulanan,jumlah jualan,bilangan kereta yang dimiliki
- Boleh di bahagikan kepada 2 :
a. Pemboleh ubah diskret
• hanya boleh mengambil nilai-nilai tertentu sahaja
• contoh : bilangan kereta yang melalui tol Tangkak ialah kemungkinan antara 27 atau 28 buah kereta.
• Tetapi tidak mungkin 27.8 buah kereta

b. Pemboleh ubah selanjar
• mengambil nilai dalam sesuatu selang
• Contoh : berat pelajar (48.9 kg,56.2kg), tinggi, masa,saiz kasut dll.

ii. Pemboleh ubah Kualitatif
-Tidak mengambil nilai angka
- Contoh : jantina pelajar,tahap pendidikan,warna kereta


KEPENTINGAN-KEPENTINGAN STATISTIK


-Ada 2 sebab utama kenapa perlunya belajar statistik.

1. Perkembangan pengumpulan data berkaitan dengan operasi dalam perniagaan dan kerajaan adalah begitu pesat sekali.
 Oleh itu kita perlu tahu bagaimana menilai fakta-fakta yang bersifat angka ini yang begitu kerap diterbitkan sama ada ianya berkaitan dengan politik, ekonomi atau kajian sosial.
2. Membuat keputusan yang lebih berkesan
 Contohnya dalam bidang perniagaan, dimana data dikumpul untul meramalkan jualan dan keuntungan.
 Dalam bidang kejuruteraan dan proses pembuatan dalam
mengawasi mutu sesuatu produk.


PENGGUNAAN STATISTIK DALAM PERNIAGAAN.

a. Bidang pengeluaran

Sebuah firma melakukan pengumpulan data-data adalah bertujuan mengkaji tentang akibat penggunaan pengawalan kualiti pengeluaran, perkembangan pengeluarannya, stok dan inventori, kos seunit dan kos bahan-bahan mentah.

b. Bidang pemasaran

Firma-firma mengumpulkan data daripada penyelidikan pemasaran, pengiklanan, keputusan-keputusan jualan, kos-kos pengagihan , peletakan harga, keluaran ,agihan dan ramalan-ramalan pasaran.

c. Bidang kewangan

Kewangan perniagaan meliputi aspek pelaburan, kadar pinjaman, keuntungan dan kerugian dan percukaian.

d. Bidang pengurusan sumber manusia

Keterangan mengenai bilangan pelatih-pelatih, kadar upah , gaji pekerja dan pusing- ganti pekerja pekerja , perpindahan keluar masuk pekerja, kadar kemalangan yang dialami

(samb.....)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

11 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ilmu :)

    ReplyDelete
  2. terima ksh, sangat bermanfaat bg sya, ni sbjek sem ni

    ReplyDelete
  3. terima kasih .. byk membantu utk memahami lbh lanjut

    ReplyDelete
  4. terima kasih.. menambah pemahaman..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian ilmu
    Semoga yg menulis dan membaca nota ini dirahmati oleh Allah SWT

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat dan membantu saya dalam menyiapkan tugasan. saya harap penulis dapat sertakan bibliografi/sumber rujukan pada masa yang akan datang. Terima kasih daun keladi :)

    ReplyDelete
  7. Saya ingin bertanya tentang pembolehubah kuantitatif dengan pembolehubah kualitatif. Soalan, Taraf kesihatan penduduk itu termasuk dalam pembolehubah yang mana satu?

    ReplyDelete

 

Tentang Penulis Blog ini ::

Blog ini diwujudkan bagi memudahkan proses P&P antara pelajar dan pensyarah. Pensyarah telah mengajar modul ini selama 5 tahun . Semoga modul ini dapat membantu pelajar-pelajar terutama pelajar Sijil Perakaunan Perniagaan Kolej Komuniti Ledang.